Monday 17 June 2013

Pengenalan



Pengertian tajwid

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  
بسم الله الرحمن الرحيم


Dari sudut bahasa : mengelokkan sesuatu.

Dari sudut istilah : mendatangkan setiap huruf akan haknya ( sifat-sifat yang asli ) dan mustahak ( sifat-sifat yang mendatang ).  Yang dimaksudkan dengan sifat-sifatyang mesti ada pada huruf tersebutseperti sifat Isti’la’ yang mesti ada pada huruf Qaf, sifat Itbaq yang mesti ada pada huruf Sad dan sebagainya. Dan yang dimaksudkan dengan sifat-sifat yang mendatang pula ialah sifat-sifat yang boleh berubah pada huruf tersebut seperti sifat tarqiq dan tafkhim pada huruf Ra’, Lam dan sebagainya.


Hukum Tajwid


Mempelajarinya adalah wajib fardhu kifayah, sementara mengamalkannya pula adalah wajib fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.

Dalil yang mewajibkan beramal dengan hukum tajwid ada terdapat dalam al-Quran, al-Hadith dan ijmak para ulama.

  • Firman Allah S.W.T 
 bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".( Al-Muzammil : 4 )

Saidina Ali Abi Talib r.a , ketika ditanya mengenai makna tartil, beliau menjawab : mentajwidkan huruf dan mengetahui waqaf. 

  • Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Khuzaimah R.A

( عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال ، قال رسول الله صلى عليه وسلم : إن الله تعالى يجب أن يقرأ القرءان غضا كما أنزل )

Maksudnya :
Daripada Zaid bin Thabit r.a telah berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambanya membaca Al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan.

  •  Telah bersepakat para ulama salaf dan khalaf tentang kewajipan mengamalkan hukum-hukum tajwid ketika membaca al-Quran.

Faedah Mengetahui Ilmu Tajwid

Dengan mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid, seseorang pembaca al-quran itu akan dapat:


  I.  Membaca al-quran dengan hukum-hukum tajwid yang betul.

  II. Memelihara kalimah-kalimah al-quran daripada sebarang penambahan,kekurangan atau perubahan pada huruf-hurufnya.

  III. Mengetahui jenis-jenis kesalahan yang perlu dijauhi ketika membaca al-quran.

  IV. Mengetahui beberapa jenis bacaan yang wajib dan harus dalam al-quran.

  V. Memahami dengan sebenar-benarnya tentang kepentingan dan keutaman mengamalkan hukum-hukum tajwid dalam pembacaan al-quran.

  VI. Mengetahui cara waqaf dan ibtida’ yang tepat dan betul.



Kelebihan ilmu tajwid

   Ilmu tajwid adalah merupakan semulia-mulia ilmu kerana ia berkaitan dengan kalam Allah s.w.t yang merupakan semulia-mulia kalam yang diturunkan kepada semulia-mulia manusia (Rasulullah s.a.w)


Matlamat Mempelajari Ilmu Tajwid


   Ilmu tajwid itu dipelajari dengan matlamat untuk memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t yang disediakan kepada pembaca al-Quran yang dapat membaca al-Quran dengan tepat dan betul, disamping ingin memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Rujukan : 


 Abd. Rahman Abd. Ghani, Penghantar Ilmu Tajwid




والسلام....



1 comment: