Wednesday 26 June 2013

Kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran

  السلام عليكم ورحمة الله  وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


Para ulama membahagikan Al-Lahn ( kesalahan ) ketika membaca Al-Quran itu kepada dua bahagian iaitu, Al-Lahn Al-Jaly ( الحن الجلي ) dan Al-Lahn Al-Lahn Al-Khofy ( اللحن الخفي ) .

# الحن الجلي ( kesalahan nyata ) iaitu kesalahan yang mengenai lafaz sama ada berubah makna ataupun tidak. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa menukar sesuatu huruf kepada huruf yang lain, menukar sesuatu huruf kepada huruf yang lain, menukar sesuatu baris kepada baris yang lain dan menambah atau mengurangkan sesuatu huruf termasuk dalam bahagian kesalahan nyata.




Kesalahan seumpama ini, jumhur ulama  salaf dan khalaf menghukum haram dilakukan dan sekiranya ia dilakukan sewaktu sembahyang, maka hukum sembahyangnya adalah tidak sah. Dinamakan dengan kesalahan yang nyata kerana kesalahan ini dapat diketahui oleh sesiapa jua yang boleh membaca Al-Quran sama ada orang yang mahir dalam bidang tajwid ataupun orang-orang awam.

# اللحن الخفي ( kesalahan tersembunyi ) iaitu kesalahan yang tiada kaitan dengan lafaz bacaan, tetapi hanya berkaitan dengan bacaan, tetapi hanya berkaitan dengan kaedah atau cara bacaan sahaja. Contohnya, seperti tidak dapat membaca sesuatu mad itu dengan kadar panjang yang betul, meninggalkan ghunnah dan sebagainya. 
Kesalahan seumpama ini dikukumkan makruh oleh para ulama salaf, sementara para ulama khalaf pula tetap menghukumkannya haram. Oleh sebab itu, ia juga perlu dihindari oleh setiap pembaca Al-Quran. Kesalahan ini dikhukumkan sangat aib apabila dilakukan oleh ahli Al-Quran. Dinamakan dengan kesalahan yang tersembunyi kerana kesalahan iini hanya dapat dikesan dan diketahui oleh para kepakaran tajwid sahaja, sedangkan orang-orang awam tidak mengetahuinya.

Rujukan 


 Abd. Rahman Abd. Ghani, Penghantar Ilmu Tajwid


والسلام....

No comments:

Post a Comment