Sunday 21 July 2013

Hukum mim mati

Assalamualaikum wbt.


apabila mim mati bertemu dengan huruf-huruf hija'iyyah yang 28, maka terjadilah tiga hukum bacaan iaitu izhar, idgham dan ikhfa'.



1. الإدغام : cara bacaannya ialah dengan memasukkan mim mati ke dalam huruf yang berikutnya iaitu merapatkan kedua bibir beserta dengung. hurufnya ada satu sahaja iaitu mim.

untuk membezakannya dengan hukum إدغام  yang lain, maka hukum ini dinamakan sebagai إدغام مثلين صغير . dinamakan مثلين kerana dua huruf yang sama bertemu dan dinamakan صغير kerana huruf mati bertemu dengan huruf yang berbaris. selain daripada itu, hukum ini juga dinamakan إدغام مثلين شفوي kerana mim mati yang di idghamkan itu adalah huruf yang keluar daripada bibir.

contoh:

memasukkan mim itu ke dalam mim berbaris dan dengung dengan sempurna

2. الإخفاء : cara bacaan nya ialah dengan menyembunyikan mim mati, iaitu dengan cara merenggangkan sedikit kedua bibir berserta dengung. hurufnya satu sahaja iaitu ba'.

untuk membezakan dengan hukum إخفاء yang lain, maka hukum ini dinamakan sebagai إخفاء شفوي , kerana mim mati yang diikhfa'kan itu adalah huruf yang keluar daripada bibir.

contoh :
sembunyikan mim iru disisi ba' dan dengung dengan ringan

3. الإظهار : cara bacaannya ialah dengan dengan menyembunyikan mim mati dengan terang dan nyata tanpa dengung. hurufnya ada 26 iaitu selain daripada mim dan ba.

untuk membezakan dengan hukum izhar yang lain, maka hukum ini dinamakan sebagai إظهار شفوي kerana mim mati yang diizharkan itu adalah yang keluar daripada bibir.

contoh:
jelaskan bunyi mim dan jangan dengung



khulasah :

carta aliran hukum mim mati


rujukkan :

 Abd. Rahman Abd. Ghani, Penghantar Ilmu Tajwid

wassalam.

No comments:

Post a Comment