Wednesday 10 July 2013

Hukum nun mati dan tanwin

Assalamualaikum wbt.

nun mati ialah salah satu daripada huruf-huruf hija'iyah. ia tidak menerima baris, wujud pada bacaan dan tulisan sama ada ketika wasal atau waqaf dan ia berada pada kata nama (isim), kata perbuaaun (fi'il) dan pada huruf sama ada dipertengahan atau dihujung suatu kalimah.




tanwin pula ialah nun mati tambahan yang hanya terletak di penghujung kata nama. ia wujud pada bacaan dan ketika wasal, tetapi tiada pada tulisan dan ketika waqaf.

terdapat satu keadaan dimana tanwin atau nun tambahan tersebut perlu dibariskan, iaitu sekiranyaia dibaca sambungdan selepasnya terdapat huruf hamzah wasal. contohnya :

carta aliran nun mati dan tanwin

oleh kerana pertemuan antara dua huruf yang mati, maka huruf yang pertama hendaklah dibariskan. dan mengikut kaedah bacaan yang betul, nun tambahan tersebut hendaklah dibaca dengan baris dibawah sekalipun tanwin tersebut berbaris diatas, di bawah sekalipun tanwin tersebut berbaris diatas, dibawah atau dihadapan.

No comments:

Post a Comment